fbpx
SUSPEK kes tembak mati tiga individu ditahan reman selama tujuh selepas mendapat perintah di Mahkamah Majistret Kota Tinggi hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

Pekebun direman 7 hari tembak mati tiga individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang pekebun direman selama tujuh hari selepas menembak mati tiga individu termasuk seorang wanita dengan menggunakan selaras senapang patah di sebuah restoran di Taman Kota Jaya di sini semalam.

Tempoh reman sehingga Ahad ini dikeluarkan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar selepas permohonan dibuat Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Nor Azizi Indzam di Mahkamah Majistret di sini pagi ini.

Permohonan itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap suspek yang berusia 71 tahun di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, tiga individu termasuk seorang wanita warga Vietnam maut ditembak dalam kejadian di sebuah restoran di Kota Jaya pada pukul 1.30 tengah hari semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, setakat ini motif kejadian dipercayai kerana hutang peribadi dan menolak kaitan unsur kongsi gelap.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN