fbpx
PENINGKATAN ditunjukkan Ferrari pada saingan musim ini menyebabkan Leclerc yakin mereka mampu mencabar kejuaraan. - AFP

F1: Ferrari yakin cabar takhta kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANELLO – Bintang Ferrari, Charles Leclerc memberikan amaran kepada pencabar apabila menyifatkan pasukan itu kini memiliki jentera yang cukup ampuh untuk mencabar kejuaraan dunia Formula Satu (F1) musim 2026.

Pelumba kelahiran Monaco itu optimis dengan peningkatan ketara yang dicatatkan pasukannya selepas Ferrari melonjak ke kedudukan kedua carta pengeluar, berbanding tempat keempat pada musim lalu.

Leclerc kini menduduki tangga ketiga carta pelumba dengan 49 mata, mengekori rapat gandingan Mercedes, Kimi Antonelli dan George Russell.

“Saya rasa kami telah mencatatkan kemajuan yang baik dengan jentera ini. Saya fikir kami memiliki jentera yang hebat. Buat masa ini, saya menikmatinya.

“Pasukan bekerja dengan sangat baik dan barisan jurutera telah melakukan tugas yang cemerlang dan saya seronok memandu jentera 2026 ini,” kata Leclerc.

Bagaimanapun, pelumba berusia 28 tahun itu sedar bahawa musim 2026 masih panjang dan mereka perlu meminimumkan kesilapan demi memastikan Ferrari kekal kompetitif.

“Saingan kejuaraan masih panjang dan keadaan boleh berubah. Saya rasa penting untuk fokus kepada perkara yang boleh dikawal iaitu prestasi. Jika kami mempunyai kelajuan dan jentera yang, kami mampu mencabarnya.

“Saya optimis. Saya rasa kami mempunyai ‘senjata’ untuk melakukannya. Saya benar-benar percaya kepada pasukan ini,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN