fbpx
Tangkap layar yang mengaitkan MAIS termasuk imuniti istana.

Polis siasat kes fitnah MAIS di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis Selangor telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan fitnah pemilik akaun aplikasi TikTok terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 susulan laporan diterima kira-kira pukul 3.50 petang kelmarin.

Katanya, ini bagi membolehkan siasatan yang telus dan adil dijalankan polis.

“Berdasarkan laporan, pengadu mendakwa
kandungan video tersebut adalah fitnah kerana melemparkan tuduhan rasuah serta penggunaan imuniti istana yang dilihat sengaja dibuat bagi menjejaskan imej pihak MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Jelasnya, orang ramai diminta memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan secara adil serta tidak membuat sebarang spekulasi dan komen yang boleh menggugat keharmonian serta ketenteraman awam.

Kosmo! kelmarin melaporkan MAIS akan mengambil tindakan undang-undang termasuk memfailkan saman fitnah terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan dakwaan tidak benar berhubung isu tunggakan bayaran projek pembinaan Masjid Al-Madaniah, Jalan USJ 18/7, Subang di sini.

Setiausaha MAIS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini memaklumkan, pihaknya memandang serius penularan sebuah video di TikTok pada Isnin lalu yang mengaitkan kononnya berlaku isu tunggakan bayaran serta salah urus melibatkan MAIS dalam projek berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN