fbpx
Bapa tembak mati 8 orang termasuk 7 anak kandung

Bapa tembak mati 8 orang termasuk 7 anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Seorang lelaki menembak mati lapan kanak-kanak dengan  tujuh mangsa  ialah anak kandungnya di negeri Louisiana awal semalam  dalam insiden keganasan rumah tangga, kata polis.

Pembunuhan beramai-ramai di sebuah rumah berwarna kelabu di bandar Shreveport itu merupakan kejadian tembakan massa paling berdarah di Amerika Syarikat dalam tempoh lebih dua tahun, demikian menurut data Arkib Keganasan Senjata Api.

Dua wanita turut ditembak dan cedera parah, termasuk ibu kepada beberapa kanak-kanak yang terbunuh.

Polis mengenal pasti penembak  sebagai Shamar Elkins yang berumur 31 tahun. Dia melarikan diri dari tempat kejadian dengan kenderaan curi dan dikejar  polis yang kemudian menembak mati suspek.

“Suspek keluar daripada  kenderaan dengan mengacukan senjata api, dan akhirnya anggota kami  terpaksa meneutralkan suspek,” kata Koperal polis Chris Bordelon kepada pemberita.

Seorang juruvideo AFP di tempat kejadian melihat lima kesan tembakan pada pintu rumah kecil dua tingkat itu. 

Bordelon berkata, umur kanak-kanak yang terbunuh adalah antara kira-kira 18 bulan hingga 12 tahun, dengan tujuh daripada lapan mangsa adalah anak kandung suspek.

Menurutnya, polis masih aktif menyiasat untuk mengenal pasti punca kejadian.

“Kami percaya dia adalah satu-satunya individu yang melepaskan tembakan di lokasi-lokasi ini,” kata Bordelon, menyifatkan insiden itu sebagai ‘keganasan rumah tangga.’

Polis berkata, Elkins pernah ditahan pada tahun 2019 dalam kes senjata api di mana dia mengaku bersalah, tetapi pihak berkuasa tidak mengetahui isu keganasan rumah tangga lain dalam sejarah jenayah lampaunya.

Polis berkata, butiran lanjut mengenai mangsa dan penembak akan dikeluarkan seiring dengan perkembangan siasatan.

“Ini adalah kejadian yang mengerikan. Sangat menyedihkan kerana semua mangsa adalah kanak-kanak,” kata Datuk Bandar Tom Arceneaux kepada pemberita. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN