fbpx
Nor Haida (tengah) menunjukkan gambar kenangan Mohd. Aiman bersama isteri, Nor Azlina di rumah keluarga mereka di Taman Setia, Al Muktafi Billah Shah, Dungun hari ini.

Nahas 4 maut Simpang Renggam: Bapa Aiman baru 2 minggu meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Mohd. Aiman Mohd. Rashid, 36, yang terkorban dalam nahas bersama isteri, ibu mentua dan anak saudara di Jalan Renggam-Simpang Renggam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Johor, hari ini baru sahaja kehilangan bapanya pada kira-kira dua minggu lalu.

Ibu saudara Mohd. Aiman, Nor Haida Dolah, 54, berkata, kehilangan lagi empat ahli keluarga sekaligus dalam masa terdekat amat mengejutkan keluarganya.

Beliau berkata, bapa Mohd. Aiman, Mohd. Rashid Dolah, 59, baru sahaja meninggal dunia akibat kanser usus pada dua minggu lalu.

“Baru dua minggu saya kehilangan abang (Mohd. Rashid), hari ini giliran anaknya (Mohd. Aiman pula.

“Tambah menyedihkan, isteri, ibu mentua dan anak saudaranya juga ‘mengikut’,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga di Taman Setia, Al Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini.

Nahas melibatkan lima kenderaan pada pukul 1.16 tengah hari tersebut turut mengorbankan isteri Mohd. Aiman, Nor Azlina Abd. Latif, 33; ibu mentuanya, Semek Mat Soh, 73; dan anak saudaranya, Nur Airish Syifa Sidek, 10.

Nor Haida berkata, Mohd. Aiman bekerja sebagai pegawai ladang di Ladang Risda Ulu Sedili, Kota Tinggi, Johor manakala isterinya, Nor Azlina pula merupakan pembantu pejabat di ladang Risda sama.

Mohd. Aiman dan isteri menjaga Semek yang uzur sejak sebulan lalu manakala Nur Airish Syifa bercuti bersama mereka sempena musim cuti persekolahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN