fbpx
ANTARA kawasan premis di Kampung Raja dekat Blue Valley yang diserbu pihak PGA dan UPNP semalam.

Majikan di Cameron Highlands masih menggaji PATI, 12 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CAMERON HIGHLANDS – Serbuan yang dilakukan Pasukan Gerakan Am di kawasan Blue Valley di sini berjaya membongkar sikap tidak bertanggungjawab majikan yang masih menggaji pekerja asing tanpa permit di ladang-ladang sayur di sini semalam.

Seramai 12 pekerja warga asing daripada Myanmar, Bangladesh dan Indonesia yang berumur 23 hingga 48 tahun itu difahamkan dibayar gaji antara RM1,200 hingga RM1,700 untuk bekerja di ladang-ladang sayur.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, hasil risikan dan maklumat serbuan dilakukan PGA dan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) kira-kira pukul 11.40 pagi di sebuah premis di Kampung Raja dekat Jalan Blue Valley di sini.

“Kesemua pekerja asing yang gagal mengemukakan permit kerja yang sah ditahan dan seorang lelaki tempatan juga ditahan kerana menggaji pekerja asing tanpa dokumen yang sah.

“Kesemua tahanan ditahan di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Cameron Highlands untuk tindakan lanjut,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya kesemua warga asing yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, berdasarkan siasatan awal warga asing yang ditahan bekerja di ladang sekitar lokasi serbuan dengan majikan berbeza.

Dalam pada itu katanya risikan, rondaan dan pemeriksaan akan giat dilakukan bagi mengekang masalah penempatan haram dan pengambilan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Cameron Highlands dan negeri Pahang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN