fbpx
Nabila Huda melahirkan hasrat untuk merasai kasih sayang seorang bapa selepas media sosial dilambakkan dengan perkongsian pengalaman selebriti lelaki yang sudah menggalas peranan sebagai ketua keluarga.

‘Manis hubungan mereka dengan anak, boleh jadi ayah saya?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktres Nabila Huda melahirkan hasrat untuk merasai kasih sayang seorang bapa selepas media sosial dilambakkan dengan perkongsian pengalaman selebriti lelaki yang sudah menggalas peranan sebagai ketua keluarga.

Menurut Nabila, 42, perkongsian tersebut membuatkan hatinya juga terdetik untuk melalui pengalaman sama sementelah dia juga ingin berasa bahagia sendiri.

“Kadang-kadang bila buka Instagram, ternampak penyanyi atau pelakon lelaki yang sudah jadi ayah, terutama artis senior yang saya ikuti.

“Melihat bagaimana manisnya hubungan mereka dengan anak, pelukan dan kasih sayang — tiba-tiba kita pula tersenyum sendiri,” katanya dalam Threads semalam.

Melihat perkara sebegitu juga menerbitkan keinginan untuknya menjadi anak kepada lelaki yang mencurahkan kasih sayang sepenuhnya terhadap keluarga mereka.

“Adakalanya rasa lucu melihat seseorang disayangi dengan cara yang sepatutnya.

“Mampu menyentuh hati saya sehingga terlintas dalam hati, boleh tak awak jadi ayah saya juga?” katanya lagi.

Terdahulu, sejak tahun lalu hubungan Nabila dengan bapanya yang juga penyanyi legenda rock tanah air, Datuk Amy Search kembali bergolak apabila dikatakan wujud disebabkan gangguan ‘orang ketiga’.

Bukan mengalah, Nabila, 41, berkata, dia sudah melakukan pelbagai usaha untuk berdamai namun masih menemui jalan buntu.

Pelakon filem Munafik itu juga percaya Amy merupakan individu yang sepatutnya memainkan peranan bagi menyelesaikan kemelut antara mereka ketika ini.

Nabila menegaskan sudah melakukan pelbagai usaha untuk berdamai namun masih menemui jalan buntu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN