fbpx
Sultan Sharafuddin berkenan memeriksa kawalan kehormat di dataran Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Shah Alam. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

Isu babi: Sultan Selangor dukacita ada pihak ingkar titah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita apabila masih terdapat pihak yang seolah-olah tidak berpuas hati dan dengan mematuhi titah baginda berhubung larangan penternakan babi di negeri ini.

Baginda bertitah, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk kekangan tanah selain kedudukan ladang ternakan yang berada di kawasan penempatan penduduk padat dengan umat Islam.

“Baru-baru ini, beta telah menitahkan agar ternakan babi tidak diadakan di negeri Selangor. Namun demikian masihterdengar rungutan dari beberapa pihak yang seolah-olah tidak berpuas-hati dan enggan untuk mematuhi titah beta,” titahnya sempena Istiadat Mesyuarat Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke-15 di Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin menegaskan, isu pencemaran sungai dan udara turut menjadi faktor penternakan babi tidak sesuai diteruskan di negeri ini.

Sehubungan itu, baginda menyarankan agar isu ini diselesaikan dengan mengimport daging babi dari luar terutamanya dari negeri Sarawak untuk bekalan kaum bukan Islam yang memerlukannya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Sultan Sharafuddin tidak berkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Selangor.

Baginda menegaskan penternakan babi ini boleh menyebabkan pencemaran udara dengan mengeluarkan bau yang busuk serta boleh mencemarkan sumber air sungai akibat pelepasan najis dan sisa kumbahan.

Titah Sultan Sharafuddin, tiada jaminan bahawa penternakan modern tidak akan menyebabkan pencemaran iar di kawasan tadahan air serta sungai yang menjadi punca air bersih kepada penduduk di Lembah Klang. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN