fbpx
Enam mangsa cedera ringan dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini.

[VIDEO] 6 cedera, van bawa 15 terlibat kemalangan di Jalan Tun Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 15 individu dalam sebuah van berdepan detik cemas apabila van jenis bas persiaran dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Tun Razak, di sini hari ini.

Daripada jumlah itu, enam mangsa mengalami kecederaan ringan manakala sembilan lagi terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.04 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa digerakkan ke lokasi.
“Pasukan bersama sebuah jentera dan lima anggota tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian. Kemalangan membabitkan sebuah lori Inokom dan sebuah bas persiaran jenis van.

“Pemandu lori berusia 56 tahun mengalami kecederaan bahagian mata manakala kelindannya, 46, cedera di kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semua mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh pasukan ambulans Kementerian Kesihatan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Kosmo! sebelum ini melaporkan dua kenderaan terlibat dalam kemalangan di Jalan Tun Razak berhampiran Menara TH Selborn, kira-kira pukul 4.25 petang dari arah Bulatan Pahang.

Kejadian itu menyebabkan lorong kanan terhalang sekali gus mengakibatkan aliran trafik perlahan di lokasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN