fbpx
Sebuah van rosak dihempap runtuhan tebing di Ampang, hari ini. Foto JBPM

Tanah runtuh hempap van di Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG – Sebuah van rosak dihempap runtuhan tebing dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Indah 4, Kampung Ampang Indah, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.51 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang tiba di lokasi kira-kira dua minit kemudian.
Menurutnya, runtuhan tebing itu telah menghempap sebuah van jenis Ford namun kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN