fbpx
Mangsa meninggal dunia selepas dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian ribut di Kampung Petani, Sering dekat Bachok hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

Lelaki maut dihempap pokok pulai reput ketika ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang dia tunggang dihempap sebatang pokok pulai yang dipercayai berusia lebih 200 tahun ketika perjalanan pulang ke rumahnya dalam kejadian ribut di Kampung Petani, Sering di sini hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa, Sauti Mohamad, 55, yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha SS110 meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan pada beberapa bahagian anggota badan.

Saksi kejadian, Aziz Ismail, 48, berkata, dia terdengar bunyi dentuman yang kuat berhampiran rumahnya sebelum melihat sebatang pokok pulai yang sudah reput tumbang melintang jalan.

Katanya, secara kebetulan, sebuah jengkaut melalui jalan berkenaan sebelum dia memanggil pemandu untuk membantu menolak pokok yang tersebut.

“Selepas pokok itu dialih, saya terkejut melihat ada seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas jalan. Saya percaya mangsa sudah meninggal dunia dan meminta bantuan orang ramai untuk menghubungi talian kecemasan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Aziz memberitahu, dia mendapati, akar pokok tersebut sudah uzur dan tumbuhan itu dipercayai berusia lebih 200 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN