fbpx
Seorang warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Hulu Langat, semalam.

Warga emas maut dirempuh lori ketika ke masjid bersama cucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori dalam kejadian di Jalan Hulu Langat di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kemalangan itu kira-kira pukul 1.20 tengah hari.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa cuba menyeberangi jalan di hadapan sebuah lori yang sedang bergerak lurus.

“Pemandu lori yang tidak menyedari kehadiran motosikal tersebut telah melanggar kenderaan berkenaan bersama penunggangnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa berusia 79 tahun yang menunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tambahnya, pembonceng motosikal yang merupakan cucu mangsa berusia 14 tahun dan juga seorang pelajar, tidak mengalami kecederaan.

“Pemandu lori berusia 29 tahun turut tidak cedera dalam kejadian tersebut.

“Mangsa bersama cucunya dalam perjalanan dari rumah menuju ke masjid ketika kemalangan berlaku,” jelasnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Faezah Mohd Zakria di talian 012-3268496 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN