JAKARTA – Seorang lelaki di Depok, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian orang ramai apabila mengayuh basikal menjulang tinggi di jalan raya yang sibuk.
Kejadian berlaku di kawasan Sukmajaya semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @indozone.id menunjukkan lelaki terbabit memperlahankan basikal ketika beberapa kenderaan melintas di hadapannya.
Lebih mengejutkan, ketinggian basikal itu melebihi ketinggian sebuah van.
Rakaman itu mencatatkan lebih 34,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Mungkin dia (lelaki berkenaan) trauma dikejar anjing,” kata seorang netizen.
“Macam mana turun daripada basikal itu?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














