fbpx
Tangkap layar kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini.

[VIDEO] 2 kenderaan berlanggar, trafik perlahan di Jalan Tun Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dua kenderaan terlibat dalam kemalangan di Jalan Tun Razak, berhampiran Menara TH Selborn, di sini hari ini.

Kuala Lumpur City Centre (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi laman Facebook memaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 4.25 petang dari arah Bulatan Pahang.

Menurutnya, lorong kanan terhalang menyebabkan aliran trafik menjadi perlahan di lokasi.
“Anggota bomba berada di lokasi bagi memberikan bantuan, manakala polis dan ambulans turut tiba,” katanya.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan menerima panggilan kemalangan tersebut dan operasi penyelamatan sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN