fbpx
Akmal Nasrullah (tiga dari kanan) bersama Juan Aranols (empat dari kanan) menunjukkan hasil tuaian cili pada semasa lawatan ke projek penanaman cili IPR-INTAN Putrajaya baru-baru ini.

Nestle catat pengeluaran 100 peratus cili tempatan untuk Sos Cili Maggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Projek tanaman cili melalui program penanaman kontrak jangka panjang bagi Nestle Malaysia di Putrajaya kini telah mencapai 100 peratus keperluan cili segar bagi pengeluaran Sos Cili Maggi.

Melalui kejayaan projek yang diusahakan oleh Kelab Cili Nestle itu telah berjaya mengukuhkan lagi komitmen syarikat kepada pengeluaran makanan bersumberkan hasil tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Juan Aranols berkata, inisiatif perladangan kontrak ini menyokong komuniti peladang tempatan di 12 tapak penanaman di Kelantan, Selangor, Putrajaya dan Johor, meliputi tanah seluas 58.4 hektar.

Menurut beliau, program ini menyediakan keterjaminan pendapatan, pembangunan kemahiran
dan permintaan stabil menerusi bekalan cili yang boleh dijejak sepenuhnya bagi Sos
Cili Maggi  keluaran Nestlé di dalam negara.

“Usaha menyokong mata pencarian peladang tempatan adalah penting kepada rantaian nilai
dan juga agenda keterjaminan makanan negara.

“Pakatan jangka panjang dengan komuniti peladang dan pihak-pihak berkepentingan kerajaan, termasuk kerjasama kami dengan IPRINTAN, mencerminkan tanggungjawab bersama kami untuk membina sistem makanan yang lebih berdaya tahan dan mampu diri sambil memperkasakan isi rumah B40,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian bersempena lawatan Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir ke Projek IPRINTAN Putrajaya baru-baru ini.

Bersempena program tersebut, Akmal Nasrullah diberi taklimat tentang kesan inisiatif
penanaman cili berhasil tinggi, termasuk meningkatkan pendapatan peladang,
produktiviti dan penyepaduan ke dalam rantaian bekalan tempatan Nestlé Malaysia.

Peladang yang menyertai projek IPRINTAN Putrajaya telah berjaya meraih pendapatan bulanan
purata kira-kira RM3,000.

Kini projek tersebut memasuki kitaran yang kelima (2026) dan telah menghasilkan lebih daripada 200 tan cili bernilai kira-kira RM1.5 juta, sekali gus menekankan peranan kaedah perladangan tersusun oleh pekebun kecil untuk menyokong komuniti B40 dan mencapai objektif keterjaminan
makanan negara.

Nestlé Malaysia menyokong peladang yang turut serta dengan menyediakan latihan
dalam amalan pertanian regeneratif moden dan mesra alam untuk meningkatkan
hasil tanaman dan produktiviti ladang.

Komitmen syarikat terhadap keterjaminan makanan dan daya tahan ekonomi adalah berlandaskan program Farmer Connect, yang menyokong beratus-ratus peladang dalam inisiatif penanaman cili, koko, padi dan kopi.

Program tersebut mengukuhkan ekonomi dan produktiviti ladang menerusi pertanian regeneratif dan pembinaan kapasiti jangka panjang.

Antaranya termasuk sokongan agronomi bersasar dan pemindahan ilmu dalam kaedah penanaman padi lestari di Kedah dan Perlis, perolehan koko bertanggungjawab dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia di Sabah dan Sarawak dan program penanaman kopi di Kedah dan Gua
Musang, Kelantan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN