fbpx
Lih Kang (tiga dari kiri) pada Majlis Peluncuran Program MSN 2026 di Universiti Nottingham Malaysia di Semenyih, Selangor hari ini.

Malaysia perlu perkukuh kedaulatan teknologi hadapi ketidaktentuan global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEMWENYIH – Malaysia perlu memperkukuh aspek kedaulatan teknologi bagi menghadapi ketidaktentuan geopolitik global yang semakin mencabar.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang berkata, dalam situasi dunia yang tidak menentu, kebergantungan kepada teknologi luar boleh menyebabkan negara terdedah kepada sekatan atau kekangan bekalan ketika krisis.

“Bukan sekadar menjadi pengguna teknologi, kita perlu melahirkan pencipta teknologi supaya negara tidak tersekat apabila berdepan krisis,” katanya pada sidang media sempena Majlis Peluncuran Program Minggu Sains Negara 2026 di Universiti Nottingham Malaysia di sini hari ini.

Lih Kang menjelaskan, dunia kini berhadapan pelbagai krisis termasuk tenaga dan sebelum ini pandemik yang membuktikan kepentingan keupayaan teknologi tempatan bagi menjamin keselamatan serta kecukupan bekalan negara.

“Sebagai contoh jika teknologi seperti vaksin dimiliki negara lain, mereka mungkin mengutamakan rakyat mereka sendiri. Ini boleh menyebabkan Malaysia berdepan masalah bekalan ketika krisis,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, pembangunan keupayaan teknologi tempatan perlu merangkumi pelbagai sektor strategik termasuk kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber, tenaga serta peralihan tenaga.

Tambah beliau, pendekatan itu penting bagi memastikan negara sentiasa bersedia dan berdaya tahan dalam menghadapi sebarang krisis pada masa depan.

Terdahulu, beliau berkata, ketegangan
geopolitik, gangguan rantaian bekalan serta persaingan teknologi antara kuasa besar telah menjadikan kedaulatan teknologi sebagai satu
keperluan strategik.

“Negara yang mampu membangunkan dan menguasai teknologi sendiri akan lebih berdaya tahan, lebih kompetitif, dan lebih menarik kepada pelaburan berkualiti tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN