fbpx
AKMAL Nasrullah ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi di sini, hari ini.

Inflasi dijangka kekal terkawal antara 1.5 hingga 2.5 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kadar inflasi negara dijangka kekal terkawal dalam lingkungan 1.5 hingga 2.5 peratus tahun ini meskipun berdepan tekanan akibat ketidaktentuan geopolitik global semasa.

Menteri Ekonomi, Datuk Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, kerajaan akan terus melaksanakan langkah mitigasi bagi memastikan kenaikan harga tidak memberi kesan besar kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, kadar inflasi April lalu berada pada paras 1.9 peratus dan masih dalam lingkungan yang boleh diurus berbanding jangkaan inflasi global sekitar 4.3 peratus.

“Komitmen kita adalah untuk mengekalkan inflasi pada paras yang lebih boleh kita hadapi walaupun tekanan yang berlaku berpunca daripada faktor global seperti bekalan minyak dan peningkatan kos input.

“Unjuran kita bagi tahun ini adalah inflasi berada dalam lingkungan 1.5 hingga 2.5 peratus supaya pergerakannya tidak memberi kesan renjatan kepada keadaan ekonomi dan kehidupan rakyat,” katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai langkah intervensi bagi mengurangkan tekanan kos termasuk penyaluran subsidi bahan api secara bersasar dan kawalan kos logistik menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN