fbpx
Azlan Johar.

‘Rehatkan’ Azlan Johar umpama rampas hak asasi warganegara – Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pas melahirkan rasa terkilan apabila bekas pemain bolasepak kebangsaan, Azlan Johar, direhatkan sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mengulas pertandingan Piala Dunia 2026.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tindakan tersebut seolah-olah merampas hak asasi seseorang warganegara, termasuk hak untuk berpersatuan dan berpolitik seperti dijamin dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan.

“Pas ingin tahu tindakan tersebut, jika benar, apakah ia ada kaitan dengan penyertaan Azlan Johar ke dalam Pas sebagaimana yang diisytiharkan di Seremban pada 13 Jun yang lalu.

“Pas merasakan penafian hak seperti ini terutama bagi figura yang pernah menjadi pengulas dan penganalisis sukan untuk lebih daripada 10 perlawanan Piala Dunia sepanjang karier penyiarannya amat merugikan negara dan mengecewakan rakyat jelata khususnya peminat-peminat sukan tanah air,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, Azlan Johar bukan sahaja bekas penyerang prolifik untuk pasukan negeri dan kebangsaan sekitar tahun 1980-an.

Malah katanya,  beliau juga memegang lesen kejurulatihan bola sepak tahap tinggi dan kini merupakan Pengerusi Yayasan Lagenda.

“Justeru Pas sebagai sebuah parti politik yang progresif dan demokratik menggesa pihak kerajaan memastikan perkara seperti ini tidak berlaku.

“Selain itu, perkara ini tidak boleh berterusan diamalkan selaras dengan slogan yang sebelum ini dilaungkan oleh parti-parti yang menjadi tunjang pemerintah, iaitu reformasi hak asasi rakyat dan institusi-institusi dalam negara,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN