fbpx
Cahaya terang yang boleh dihat dibeberapa kawasan di Sabah pada 4 Jun lalu.

Cahaya terang di langit Sabah mungkin objek angkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan menerima laporan mengenai penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah pada malam Khamis lalu dan kini sedang menjalankan pemantauan serta siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

MOSTI menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) telah menerima maklumat awal berhubung fenomena tersebut yang dipercayai mempunyai kaitan dengan objek angkasa.

Menurut kementerian itu, setakat ini tiada laporan rasmi diterima mengenai penemuan sebarang serpihan objek yang disyaki berkaitan objek angkasa seperti roket sama ada di kawasan daratan mahupun perairan.

“Pemantauan sedang dijalankan secara aktif oleh BPAngkasa dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang ditemui dan segera melaporkannya kepada pihak berkuasa atau melalui talian kecemasan 999.

Laporan juga boleh disalurkan terus kepada BPAngkasa menerusi talian 03-8885 8685 atau e-mel [email protected].

MOSTI turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden tersebut dan hanya merujuk kepada maklumat yang disahkan melalui saluran rasmi.

Katanya, sebarang perkembangan lanjut mengenai siasatan itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN