fbpx
TANGKAP layar menunjukkan pasukan penyelamat cuba membawa keluar mangsa dari kawasan air terjun. - AGENSI

Mayat pembaca berita ditemukan selepas 9 hari hanyut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Selepas sembilan hari operasi mencari dilancarkan, pembaca berita TVRI  Papua Barat, Yanto Idorway atau Suryanto Idorway, ditemukan meninggal dunia di Sungai Memti, Kabupaten Pegunungan Arfak, wilayah Papua Barat kelmarin, lapor laman berita Jawa Pos.

Yanto dilaporkan hanyut ketika beriadah bersama dua rakan di kawasan Air Terjun Memti pada Sabtu lalu. 

Semasa cuba menyeberangi sungai, dia tergelincir dan dihanyutkan arus deras.

Pasukan pencari dan penyelamat gabungan yang terdiri daripada Tentera Nasional Indonesia (TNI), Polis Republik Indonesia (Polri), Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas), serta penduduk tempatan akhirnya menemui mangsa kira-kira pukul 11.05 pagi (waktu tempatan).

Mangsa ditemui tersepit di celah-celah batu sungai, kira-kira 10 meter dari lokasi awal beliau dipercayai terjatuh.

Mayat mangsa kemudiannya  dibawa ke Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Manokwari untuk tindakan lanjut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN