fbpx
Tangkap layar video menunjukkan ketiga-tiga remaja itu dipaksa baring di dalam keranda pada waktu malam. - Instagram 

3 remaja dihukum masuk dalam keranda 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu klip video tular di Karawang, wilayah Jawa Barat menunjukkan tiga remaja dimasukkan ke dalam keranda sebagai hukuman akibat merancang untuk mencetuskan rusuhan dan keganasan di jalanan, lapor portal berita Lambe Turah. 

Tangkapan dibuat susulan rasa curiga, menyebabkan penduduk tempatan mengepung mereka lalu dibawa ke sebuah tanah perkuburan.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @koran_gala menunjukkan ketiga-tiga remaja terbabit dipaksa baring di dalam keranda yang sering digunakan untuk mengusung mayat. 

Mereka kemudian diminta berjanji untuk tidak melakukan keganasan di jalan raya pada masa hadapan. 

Selepas menjalani hukuman tersebut, mereka diserahkan kepada pihak berkuasa dan ibu bapa masing-masing untuk menerima bimbingan lanjut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN