fbpx
Tangkap layar aksi berbahaya seorang lelaki mengangkat motosikal bersama dua lagi pembonceng, dipercayai isteri dan anak kecil.

‘Kalau jatuh, menyesal seumur hidup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aksi berbahaya seorang lelaki ‘wheelie’ motosikal sambil membawa pembonceng dipercayai isteri dan anaknya di sebuah lebuh raya mengundang kecaman orang ramai.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada waktu malam di Alor Setar, Kedah itu mencetus kebimbangan apabila kanak-kanak berkenaan dilihat tidak memakai topi keledar.

Menerusi sebuah hantaran oleh pengguna @missayasya di Threads, video kejadian itu dikongsikan dengan pengguna media sosial meluahkan rasa kesal terhadap tindakan lelaki terbabit.

“Dengan bawa anaknya sekali, ingat nyawa abang. Dah kahwin, ada anak pun tak insaf-insaf. Isteri pun, aduh nak juga ‘stand’,” tulisnya dakam hantaran itu.

Perkongsian berkenaan mendapat kecaman oleh pengguna media sosial, susulan tindakan berbahaya oleh lelaki tersebut.

“Allah. Kesian anak tu dapat ibu bapa mentaliti macam ni. Kalau dah terjatuh tu habislah,” komen Nashiehah.

“Kalau jatuh tu, menyesal seumur hidup. Fikirkan anak tu, tak selamat kalau jatuh dengan tiada topi keledar,” komen Hafiz.

“Tak fikir risiko ke? Benda kalau dah malang tak berbau, bila-bila boleh jadi,” tulis seorang lagi pengguna. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN