fbpx
Sneako bertemu Anwar di Putrajaya.

PMX perjelas kepada Sneako soal tidak iktiraf Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan pendirian Malaysia terhadap Israel serta menyentuh isu geopolitik melibatkan Iran dalam satu perbualan bersama pempengaruh dari Amerika Syarikat (AS), Sneako.

Dalam perbualan tersebut, Sneako mempersoalkan hubungan rapat antara AS dan Israel, selain menyentuh mengenai larangan rakyat Israel memasuki Malaysia serta pendirian negara ini yang tidak mengiktiraf Israel secara rasmi.

Menjawab persoalan itu, Anwar menjelaskan walaupun Israel wujud secara de facto, isu utama yang menjadi kebimbangan adalah tindakan berterusan yang didakwa menindas rakyat Palestin.

“Bagaimana kita mahu mengiktiraf sebuah negara yang menjajah wilayah lain? Secara hakikatnya, Palestin dan Gaza telah dijajah. Kita menentang penjajahan dalam semua bentuk, jadi kita tidak boleh menyokongnya,” katanya.

Anwar turut menegaskan Malaysia tidak melihat sebarang perubahan dalam dasar luar Israel, malah mendakwa negara itu terus memperluaskan pengaruh termasuk ke kawasan lain.

Sneako kemudian turut menyuarakan tentang beberapa perkara mengenai Iran dan tokoh revolusinya, Ruhollah Khomeini yang mana katanya terdapat banyak salah faham mengenai Khomeini di AS, yang sering menggambarkan beliau sebagai tokoh negatif.

Mengulas perkara itu, Anwar mengesahkan bahawa beliau pernah bertemu Khomeini ketika lawatan awal ke Iran selepas revolusi negara itu.

“Saya pernah ke sana lama dahulu sebagai sebahagian daripada delegasi awal selepas beliau mengambil alih kepimpinan.

“Namun, kita tidak semestinya bersetuju dengan semua tindakan atau pandangan mereka,” jelasnya.

Katanya, Iran juga menunjukkan pencapaian ketara dalam bidang pendidikan, ekonomi dan teknologi.

“Kita perlu memberi kredit dari segi tahap pendidikan, pembangunan ekonomi dan teknologi mereka. Fokus terhadap pendidikan, penyelidikan dan sains sangat jelas,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN