fbpx
Anwar berkongsi gambar bersama Keputeraan Sultan Hassanal Bolkiah di media sosialnya.

Anwar rafak sembah takzim Ulang Tahun Keputeraan Sultan Brunei ke-80

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah salam takzim dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-80.

Ucapan ringkas tersebut dikongsikan oleh Anwar menerusi hantaran di media sosialnya hari ini. 

“Patik mewakili Kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

Semoga hubungan dan kerjasama Malaysia dan Negara Brunei Darussalam terus diperkukuh demi manfaat kedua-dua negara serta rakyat keseluruhannya, insya-Allah,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN