fbpx
ANWAR ketika bertemu para penyokong Pakatan Harapan ketika hadir dalam program Grand Finale DUN Layang-Layang di Simpang Renggam, Kluang malam ini. FOTO- Adnan Ibrahim.

PRN Johor: Kalau ini caranya, Layang-Layang dan Machap milik PH esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – “Kalau ini lah cara sambutannya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang dan Machap akan menjadi milik Pakatan Harapan esok”.

Demikian ucapan pertama diluahkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas melihat sambutan daripada hampir 1,000 orang dalam program Grand Finale DUN Layang-Layang di Simpang Renggam di sini malam ini.

Menurut Anwar, pilihan raya ini adalah untuk rakyat Johor dan ia mampu mempengaruhi dasar kerajaan negeri agar selari dengan kerajaan pusat sekarang ini.

Katanya, sekiranya kerajaan pusat stabil dan terus mendapat sokongan rakyat, Insyaallah kerajaan akan menaikkan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah dan (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara).

“Saya tak sangka dah pergi banyak tempat, tapi tidak seperti semangat yang ditunjukkan di Layang-Layang dan Machap ini.

“Pilihan raya bukan mahu sekadar memenangkan Guna atau Nur Hafiz, namun semua keputusan yang dilakukan untuk mempengaruhi dasar kita,”katanya dalam ucapannya.

Sebagai Perdana Menteri yang telah tiga setengah tahun bertugas kemenangan di Johor akan memudahkan kerja beliau untuk membantu rakyat apabila kerajaan negeri dan pusat sehaluan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN