fbpx
Tangkap layar video tular memaparkan perbuatan individu tersebut.

‘Tersedar dia perhatikan saya, tangan sebelah pegang telefon, sebelah lagi…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita mendakwa berdepan detik mencemaskan apabila diperhatikan seorang lelaki ketika sedang menikmati makanan bersendirian di dalam kereta di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah terkemuka di Putrajaya, semalam. 

Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu berkata, kejadian berkenaan disedari selepas kira-kira 30 minit apabila lelaki terbabit didakwa berdiri di sebalik tiang sambil memandang ke arahnya sekitar pukul 1.20 petang. 

Lebih membimbangkan, lelaki yang memakai baju berwarna oren itu memegang telefon di telinga seolah-olah bercakap dengan seseorang sambil sebelah tangannya lagi dipercayai sedang memegang alat sulitnya.

Menurut wanita itu, dia pada mulanya cuba bersangka baik sebelum menyedari lelaki tersebut dipercayai sengaja memerhatikannya kerana berseorangan dan tingkap kenderaan yang agak jelas. 

“Kisah hari ini. Dalam 20-30 minit juga dia berkelakuan macam ini ye. Mula-mula nak husnudzon tapi baru sedar yang dia memang pandang kita sebab kita seorang and tingkap akuarium. 

“Saya tengah makan dalam kereta lepas habis mesyuarat, baru tersedar ada yang memerhati. Bila tengok kononnya macam tengah ‘on the phone’ rupa-rupanya.. cis,” ujarnya sambil mengakui trauma dengan situasi tersebut. 

Wanita itu juga mendakwa telah menyalakan lampu tinggi dan menunjukkan bahawa perbuatan lelaki tersebut sedang dirakam, namun individu berkenaan tidak beredar, malah mundar-mandir di hadapan keretanya.

Susulan kejadian itu, dia memaklumkan telah membuat laporan kepada pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan.

Di ruangan komen, pihak pusat beli-belah tersebut turut memberikan maklum balas dan memaklumkan perkara berkenaan dipandang serius.

“Kami akan menjalankan siasatan dari pihak kami. Boleh hantarkan kepada kami maklumat mengenai hari, tarikh, masa dan aras parkir. Kami harap anda berada dalam keadaan baik,” katanya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dengan sebahagian pengguna media sosial lebih-lebih lagi para wanita yang sering berkunjung ke pusat beli-belah terbabit. 

“Saya rasa ni orang yang sama, saya pun kena benda yang sama, dia lalu depan kereta lepas itu tenung saya (tengah duduk dalam kereta), kemudian dia pergi tapi saya perasan dia pusing bahagian depan tapi masih pandang kereta saya, sambil buat-buat telefon orang,” komen Nuriwanizahari. 

“Seramnya, betul-betul tak selamat. Dahlah selalu datang pusat beli-belah ni dengan anak-anak,” ujar Umi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN