fbpx
BEBERAPA warga India dikesan di sekitar pekan Changlun baru-baru ini, selepas memasuki negara melalui Bukit Kayu Hitam di Kedah.

Apa sudah jadi dengan Changlun?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CHANGLUN – Penduduk dan peniaga di sini mendakwa ramai warga India kini menjadikan pekan ini sebagai tempat transit sebaik melepasi pemeriksaan di pintu masuk negara, sebelum menaiki bas ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru.

Kira-kira 90 peratus daripada mereka adalah lelaki berusia 18 hingga 45 tahun yang masuk ke negara ini secara berkumpulan dengan membawa beg galas serta bagasi besar.

Pengerusi Suara Orang Chang­lun, Mohd. Zaidi Desa berkata, dia mengesan keha­diran warga asing itu secara kerap sejak dua tahun lalu dan mereka dipercayai masuk melalui Bukit Kayu Hitam dan Durian Burung dekat sini.

“Kadang-kadang dalam sehari saya jumpa sehingga lapan orang. Mereka lazimnya berkumpul di Stesen Bas Changlun. Sebelum naik bas, mereka akan ke kedai-kedai di sekitar pekan ini untuk beli barang termasuk kad sim.

“Mereka ini tidak boleh berbahasa Inggeris. Saya pernah cuba berbual dengan beberapa warga asing itu dan mereka hanya sebut ‘tourist’, bas serta mahu ke TBS dan Johor Bahru,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurutnya, kemasukan warga India itu ke negara ini meragukan kerana mereka ini tidak nampak seperti pelancong, malah sangat berkira untuk mengeluarkan duit.

“Mereka ini sering menekan-nekan peniaga dan sebagai contoh hanya nak bayar RM10 untuk kad sim berharga RM30 dan ada juga yang nak bayar guna mata wang rupee.

“Selain itu, ada yang minum air orang lain yang ditinggalkan di atas meja,” ujarnya.

Katanya, kumpulan warga India itu dipercayai masuk secara sah dan hanya diberi panduan oleh rakan senegara mereka yang telah bekerja di negara ini.

Menurutnya, warga asing itu dipercayai lebih memilih untuk masuk ke Malaysia menerusi pintu darat kerana lebih murah.

“Saya tak nampak macam ada sindiket, ia lebih kepada masuk sendiri dengan bantuan kawan-kawan mereka yang sudah berada di negara ini.

“Tiada unsur seludup, masuk secara haram atau ‘counter setting’ melibatkan penduduk tempatan atau penguat kuasa sempadan. Mereka mungkin gunakan kelemahan syarat kemasukan untuk ambil peluang masuk ke Malaysia.

“Mungkin pihak berkuasa di sempadan boleh memperketatkan lagi kemasukan warga asing ke negara ini bagi mengelak mereka salah guna pas pelancong,” katanya.

Seorang peniaga yang dikenali Ahmad berkata, kumpulan warga asing itu tidak bermalam di Changlun, sebaliknya terus menaiki bas ke destinasi sete­rusnya.

“Mereka ini bergerak sendiri, tiada orang lain yang tunggu. Saya percaya mereka ikut panduan rakan-rakan senegara yang sudah lama bekerja di
Malaysia.

“Setakat ini, tiada kes jenayah membabitkan warga itu di Changlun, namun pihak berkuasa perlu memantau pergerakan mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN