fbpx
ANGGOTA forensik dan pekerja penyelamat berada di lokasi empat ambulans dibakar di kejiranan Golders Green, utara London semalam. – AFP

4 ambulans Yahudi dibakar di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Ketua polis London, Mark Rowley  berjanji menambah lebih 250 anggota polis dan meningkatkan rondaan bersenjata  bagi melindungi komuniti Yahudi selepas empat ambulans dibakar bersebelahan sebuah saumaah(rumah ibadat Yahudi).

“Seramai 264 anggota dan pegawai polis tambahan akan dikerah ketika kami menyiasat dakwaan bahawa sebuah kumpulan mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan ini,” katanya.

Perdana Menteri Britain, Keir Starmer menyifatkan kejadian itu  sebagai ‘serangan pembakaran antisemitik yang sangat mengejutkan’.

Pasukan Bomba London dimaklumkan tentang kejadian di Highfield Court, utara London yang memiliki populasi besar Yahudi itu pada pukul 1.40 pagi (waktu tempatan).

Kira-kira 40 anggota bomba di lokasi kejadian mendapati silinder yang disimpan di dalam kenderaan  milik perkhidmatan Ambulans Komuniti Yahudi itu meletup.

Kumpulan kurang dikenali, Harakat Ashab al-Yamin al-Islamiya (HAYI) mengaku  bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Kumpulan pro-Iran itu mengaku melakukan serangan serupa pada bulan ini di Belgium dan Belanda. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN