fbpx
FREIBURG memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila bangkit membenam Braga dengan agregat 4-3 awal pagi tadi.

Liga Europa: Freiburg idam lakar sejarah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNICH – Wakil Jerman, Freiburg terpaksa berhempas pulas untuk mencipta sejarah tersendiri apabila mara ke final Liga Europa buat kali pertama selepas menewaskan Braga dengan kemenangan agregat 4-3, awal pagi tadi.

Freiburg  mempamerkan semangat juang tinggi untuk bangkit daripada ketinggalan 2-1 pada aksi separuh akhir pertama sebelum melakar kemenangan 3-1 sekali gus memanfaatkan aksi di laman sendiri.

Kemenangan tersebut turut menyaksikan Freiburg menyamai rekod Sevilla FC dengan 11 kemenangan berturut-turut di gelanggang sendiri dalam saingan Liga Europa.

Pengendali Freiburg, Julian Schuster mengakui sangat beremosi untuk meraikan kejayaan membantu pasukan mara ke final Liga Europa apabila dijadual bertemu Aston Villa, 20 Mei nanti.

“Saya sangat gembira apabila melihat wajah semua orang. Ini adalah momen yang akan kekal selama-lamanya buat kami semua.

“Kita mengharungi musim yang luar biasa dan kini masih ada satu lagi perlawanan di Istanbul untuk kita lakar sejarah baharu buat pasukan,” katanya.

Pandangan sama turut disuarakan oleh pertahanan Freiburg, Matthias Ginter yang menegaskan pasukannya kini mahu melengkapkan kisah dongeng dengan menjulang trofi di Istanbul.

“Kami sudah melangkah sejauh ini dan rugi kalau kita siakan peluang di pentas final nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN