fbpx
VILLA mengesahkan tempat ke saingan UCL musim depan selepas mencatat kemenangan ke atas Liverpool awal pagi semalam. - AFP

EPL: Villa raih bekal semangat ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Aston Villa, Unai Emery menyifatkan pasukannya melalui hari yang hebat dan luar biasa apabila berjaya mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara (UCL) menerusi kemenangan 4-2 di laman sendiri ke atas Liverpool awal pagi semalam.

Lebih menggembirakan Emery adalah kemenangan itu kali pertama diraihnya ketika menentang Liverpool sejak mengambil alih tugas di Villa Park sekali gus melengkapkan kejayaan mengesahkan tempat ke saingan berprestij Eropah berkenaan.

“Benar-benar hebat. Luar biasa. Sambutan daripada penyokong sangat menakjubkan, saya amat berterima kasih, begitu juga para pemain.

“Pencapaian ini memang sangat hebat. Bermain di Eropah dalam Liga Juara-Juara dengan 62 mata serta diuji menentang Liverpool hari ini. Sejak saya datang ke sini, kami belum pernah menewaskan mereka dan hari ini adalah kali pertama kami berjaya melakukannya.

“Ia benar-benar hebat dan memang layak diperoleh. Sudah tentu kami perlu berjuang, perlawanan yang sukar pada separuh masa pertama, tetapi lebih baik pada separuh masa kedua. Namun, cara kami kembali ke UCL adalah sesuatu yang sangat luar biasa,” katanya.

Villa akan beraksi dalam final Liga Europa awal pagi Khamis ini dan dengan tiket ke UCL yang sudah terjamin, Emery mengakui keadaan itu membolehkan pasukan bermain dengan lebih ‘bebas’ untuk memburu trofi.

Pengurus Villa itu turut meminta semua pihak supaya kekal tenang dan fokus menjelang pertemuan menentang SC Freiburg, dengan harapan mereka dapat muncul sebagai juara selepas perlawanan itu nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN