JAKARTA – Seorang wanita di Yogyakarta, Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila duduk di tengah jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku sekitar pukul 3.50 petang (waktu tempatan) di persimpangan Jambatan Merah semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @yogyakarta.keras menunjukkan wanita itu duduk di tengah persimpangan yang sibuk sambil memakai topi keledar.
Meskipun dipujuk oleh penduduk tempatan, dia enggan berganjak dan memarahi mereka.
Masih belum diketahui punca dia berbuat sedemikian.
Rakaman itu menjadi tular dan mencatatkan lebih 518,000 tontonan.
“Kenapa tidak duduk di tengah landasan kereta api,” kata seorang netizen.
“Dia mungkin baru habis bergaduh dengan kekasihnya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














