fbpx
SAIFUDDIN berucap pada Majlis Sesi Dialog Bersama Menteri KDN di FOZ One, Airport City, Kulai hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

Banduan asing boleh bekerja selepas Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dipinda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Kerajaan berada di fasa akhir untuk meminda Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang melonggar syarat banduan warga asing untuk dibenarkan bekerja dalam pelbagai sektor dalam negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya mencadangkan syarat itu diperluas kepada banduan warga asing yang menjalani hukuman penjara 10 tahun dan ke bawah.

Katanya, syarat sebelum ini hanya membenarkan banduan warga asing yang menjalani hukuman penjara empat tahun ke bawah dibenarkan untuk mendapatkan pekerjaan ketika dalam tempoh pemenjaraan itu.

“Isu sekarang adalah ‘pool’ kesalahan kecil ini adalah kecil, oleh itu saya kena besarkan ‘pool’ dia dengan cara meminda Akta Kesalahan Kecil di Parlimen untuk membolehkan hukuman penjara yang tempoh 10 tahun ke bawah dilibatkan.

“Jadi, faedah lain adalah kita mengurangi kesesakan penjara warga asing. Kapasiti penjara kita seluruh negara kira-kira 75,000, namun penghuninya dianggarkan 87,000 banduan, ada lebihan 12,000 orang.

“Jika penjara sesak, potensi penyakit tinggi dan mungkin boleh mencetuskan pergaduhan disebabkan keadaan tak selesa. Bila kita tempatkan mereka melalui kaedah ini, mereka dapat pekerjaan, boleh assimilasi dengan komuniti dan majikan sudah tak perlu bawa pekerja asing dari luar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sesi Dialog Bersama Menteri KDN di FOZ One, di sini hari ini.

Saifuddin berkata, inisiatif yang dilakukan oleh pihak kementerian melalui Jabatan Penjara ini mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan majikan setelah dapat berjimat dan tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi membawa masuk pekerja asing dari luar negara.

Katanya, setakat ini, lebih 900 majikan dari pelbagai sektor seperti perkhidmatan, perladangan, pembuatan dan sebagainya kecuali membabitkan sektor keselamatan.

Katanya, sejak pelaksanaan pengambilan pekerja dalam kalangan banduan warga asing dilakukan, kadar residivisme adalah lebih dan data menunjukkan banyak faktor positif daripada pelaksanaannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN