fbpx
Tangkap layar rakaman memaparkan banjir kilat di Kulai, Johor petang ini.

[VIDEO] Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kulai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Hujan lebat berterusan selama beberapa jam sejak pukul 3 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan rendah di daerah ini dilanda banjir kilat petang ini.

Antara kawasan terjejas ialah Taman Putri Fasa 4, Saleng serta Jalan Lengkongan Kampung Melayu di sini apabila air melimpah dengan cepat hingga memasuki kawasan jalan dan kediaman penduduk.

Tinjauan Kosmo! mendapati beberapa laluan dinaiki air sehingga menyukarkan pergerakan kenderaan, manakala penduduk dilihat mula mengalihkan barangan ke tempat lebih tinggi sebagai langkah berjaga-jaga.

Difahamkan, hujan lebat yang turun tanpa henti sejak petang menyebabkan sistem perparitan tidak mampu menampung jumlah air yang banyak sebelum berlaku limpahan di kawasan rendah.

Beberapa pengguna jalan raya turut memperlahankan kenderaan berikutan keadaan jalan yang dinaiki air dan jarak penglihatan yang terhad akibat cuaca buruk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN