SAUDARA PENGARANG, Baru-baru ini Bahagian Maktabah Jabatan Mufti Negeri Perak ada mengeluarkan garis panduan adab pergaulan di tempat kerja bagi mengatasi fenomena office wife-husband yang mungkin berlaku di pejabat. Antara nasihat menjaga adab ikhtilat dan pergaulan di tempat kerja yang diberikan termasuk elak berdua-duaan di tempat tertutup dan tidak menggunakan nada suara manja yang boleh menggoda. Golongan ini memang suka ke pejabat kerana boleh menjalinkan hubungan terlarang tanpa syak wasangka daripada pasangan masing-masing. Saya pasti, mereka ini antara pihak yang…














