fbpx
Pemandu kenderaan itu dimarahi kerana enggan memberikan laluan kepada ambulans. - TikTok

Kereta kerajaan halang ambulans bawa pesakit tenat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah kenderaan milik kerajaan Indonesia menerima kecaman orang ramai selepas menghalang ambulans yang sedang membawa pesakit dalam keadaan kritikal, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Tangerang, wilayah Banten semalam. 

Rakaman video dikongsi di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pemandu ambulans memarahi pemandu kenderaan yang memiliki nombor pendaftaran berwarna merah. 

Di Indonesia, nombor pendaftaran berwarna merah hanya boleh dipakai oleh jabatan atau agensi kerajaan. 

Ambulans tersebut dilaporkan dalam perjalanan ke Serpong, dengan bunyi siren serta lampu dinyalakan sebagai tanda untuk meminta laluan. 

Meskipun siren ambulans dibunyikan, kenderaan itu enggan ke tepi dan memberikan laluan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 923,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Dia ingat dia orang penting?” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN