fbpx
Shazeli ketika sidang akhbar di IPK Selangor. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

Geng bakar dua kenderaan masih diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis Selangor terus mempergiatkan operasi memburu sekumpulan lelaki bermotosikal yang dipercayai membakar dua kenderaan milik seorang pengimpal dalam kejadian di Kapar, Klang pada 28 April lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, beberapa siri tangkapan telah dilakukan susulan kejadian itu, namun setakat ini masih belum membawa kepada penahanan individu utama yang dipercayai terlibat dalam kes itu.

“Setakat ini tiada lagi tangkapan positif yang terlibat bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Namun, siasatan masih diteruskan dan polis mempergiatkan operasi mengesan suspek berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, pagi ini.

Tambah Shazeli, motif kes itu belum dikenalpasti dengan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kejadian kira-kira pukul 12.12 tengah malam tersebut telah mengemparkan penduduk kapar dengan mangsa berusia 55 tahun menyedari insiden itu selepas terdengar bunyi letupan sebelum melihat Toyota Avanza dan Perodua Myvi miliknya terbakar.

Dalam perkembangan berasingan, Shazeli berkata, polis masih meneruskan siasatan terhadap 12 anggota polis termasuk empat pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes rompakan berkumpulan di Kajang, Februari lalu.

“Kes itu masih pada status sama dan kita memerlukan sedikit masa kerana melibatkan laporan teknikal. Jika terdapat sebarang perkembangan lanjut, polis akan memaklumkannya kelak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN