fbpx
ARSENAL tidak mampu meraih keputusan selain kemenangan ke atas Fulham sekiranya mahu terus mengimpikan peluang menjulang gelaran EPL musim ini. - AFP

EPL: Arsenal miliki tugas mandatori di Emirates

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Arsenal kini berdepan tuntutan mandatori untuk mengekalkan kelebihan di puncak liga dan perlu memastikan kemenangan ke atas Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi esok.

Ia tidak hanya sekadar tiga mata, kemenangan ini mampu memberikan tekanan kepada pencabar terdekat, Manchester City ketika kedua-dua pasukan saling bersaing untuk memburu kejuaraan liga musim ini.

Bagaimanapun, selepas gagal mempertahankan kelebihan selesa sejak beberapa bulan lalu, The Gunners terpaksa berdepan tekanan dan beban psikologi untuk memenuhi harapan peminat bagi menjulang trofi EPL selepas kecewa dalam percubaan beberapa musim lalu.

“Kami kini berada di posisi tepat untuk mencipta sejarah dan ini yang kami mahu sentiasa lakukan. Pasukan ini sentiasa dahagakan kemenangan dan kami perlu menerima hakikat bahawa ia adalah tugas yang kami perlu lakukan.

“Kami perlu mengambil semua pengalaman dan pengajaran sebelum ini. Semua yang kami lalui sebelum ini adalah perkara yang menjadi sebahagian daripada perjalanan dalam bola sepak.

“Satu lagi peluang terbaik buat kami dan semua orang begitu teruja. Kami akan cuba melunaskan apa yang kami harapkan kali ini,” kata ketua pasukan The Gunners, Martin Odegaard.

Kemenangan akan memberikan kelebihan enam mata buat Arsenal ke atas Manchester City yang hanya akan turun beraksi bertemu Everton, awal pagi Selasa ini, namun skuad kendalian Pep Guardiola itu masih kurang satu perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN