PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang di Perak, Selangor dan Sarawak hingga pukul 3 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, antara kawasan yang terlibat di Perak adalah Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala di Selangor adalah Sabak Bernam.
Di Sarawak, amaran hujan lebat dikeluarkan di Kuching (Kuching), Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah (Daro, Matu dan Dalat).
Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berterusan melebihi satu jam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE














