PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, amaran ribut petir itu melibatkan Kedah (Langkawi), Pahang (Bentong, Maran dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi).
“Amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat juga melibatkan Sarawak iaitu Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Marudi) dan Limbang.
“Seterusnya Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat) serta Wilayah Persekutuan Labuan,” menurut MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE














