fbpx
ALIRAN air sisa basuhan reban yang dipercayai menjadi punca pencemaran anak sungai di kawasan Tambak Paya, Ayer Molek, Melaka.

Ladang ayam diserbu lepaskan air busuk reban ke sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Sebuah ladang ayam yang menempatkan lebih 333,000 ekor ayam penelur di Tambak Paya, Ayer Molek di sini dikesan melepaskan air sisa basuhan reban terus ke anak sungai.

Kegiatan itu terbongkar selepas Bahagian Kawal Selia Air (BKSA) Melaka menjalankan pemeriksaan susulan aduan penduduk yang mendakwa berlaku pencemaran air serta gangguan bau di kawasan tersebut.

Pengarah BKSA Melaka, Azizul Adzran Mahmor berkata, pemeriksaan mendapati premis itu tidak mempunyai kolam enapan bagi merawat air sisa dan air basuhan reban berwarna coklat serta berbau.

Ia mengalir terus ke anak sungai sebelum memasuki Sungai Ayer Molek.

“Hasil pemeriksaan mendapati air sisa daripada aktiviti ladang dilepaskan tanpa rawatan yang sewajarnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Susulan itu, BKSA mengeluarkan Notis Seksyen 8 Enakmen Sumber Air Negeri Melaka 2014 yang mengarahkan syarikat tersebut menghentikan serta-merta punca pencemaran dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dalam masa 14 hari.

Katanya, Notis Seksyen 39 turut dikeluarkan berhubung kesalahan pencemaran sungai yang dikesan berlaku di kawasan itu. BKSA turut mengambil sampel air untuk dianalisis bagi mengenal pasti tahap pencemaran yang berlaku. Keputusan dijangka diperoleh dalam dua minggu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN