fbpx
YUSUF pada sidang akhbar di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang di Kuantan hari ini.

98 calon STPM dapat 4.0 di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Seramai 98 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di negeri ini berjaya memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 pada kali ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri, Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Yusuf Kassim berkata, keputusan itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu yang merekodkan seramai 82 calon yang memperoleh PNGK 4.0.

Katanya, keputusan itu sekaligus menunjukkan peningkatan sebanyak 1.44 mata berbanding pada tahun lalu.

“Prestasi yang membanggakan telah dicapai oleh calon-calon STPM 2025 negeri Pahang yang mana seramai 1,583 calon bersamaan 87.79 peratus telah mencapai lulus penuh dalam semua mata pelajaran yang diambil. Lulus penuh dalam kesemua mata pelajaran yang diambil ini penting bagi memacu pencapaian Gred Purata Sekolah Negeri melebihi 3.00,”katanya dalam sidang akhbar di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang di sini hari ini.

Menurutnya pada tahun 2025 seramau 1,903 calon sekolah kerajaan telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM dan daripada jumlah itu seramai 1,803 calon telah hadir menduduki peperiksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN