fbpx
ROSE Aza ketika mengumumkan keputusan STPM 2025 di SMK Derma di Kangar, hari ini.

Tiada pelajar gagal STPM di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Perlis terus mengekalkan rekod cemerlang apabila tiada calon gagal dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 sekali gus meneruskan pencapaian itu dalam tempoh lima tahun berturut-turut.

Pengarah Pendidikan negeri, Rose Aza Che Arifin berkata, seramai 371 calon yang hadir menduduki peperiksaan tersebut layak dianugerahkan sijil STPM 2025.

“Pada tahun ini, Perlis berjaya memperoleh keputusan lima sekolah lulus penuh 100 peratus dan tiada calon gagal di semua pusat peperiksaan tingkatan enam negeri Perlis bagi lima tahun berturut-turut. Bagi peperiksaan STPM 2025, 371 calon yang hadir menduduki STPM dan semua calon negeri Perlis layak dianugerahkan sijil STPM 2025,” katanya ketika mengumumkan keputusan STPM 2025 negeri ini hari ini.

Menurut beliau, daripada keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan itu, seramai 364 orang atau 98.11 peratus mencapai lulus penuh manakala tujuh calon lagi memperoleh lulus sebahagian.

Katanya, Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) negeri bagi STPM 2025 ialah 2.82 berbanding 2.87 yang direkodkan pada tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN