fbpx
Rumah dan pokok tumbang ekoran hujan lebat serta angin kencang di sekitar Bercham, Ipoh hari ini. FOTO IHSAN APM

[VIDEO] 200 rumah di Bercham dibadai ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Hujan lebat dan angin kencang selama satu setengah jam telah menyebabkan lebih 200 buah rumah terjejas teruk di Bercham di sini hari ini.

Lingkungan kawasan yang terjejas melibatkan Hala Tasek Timur 1, Lorong Bercham 19, Dataran Tasek Timur selain beberapa lokasi lain seperti Lintasan Tasek Timur 1 dan 3, Hala Tasek Timur 34 serta Laluan Tasek Timur 15.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pe ribut,rtahanan Awam Malaysia (APM) Kinta memaklumkan terdapat banyak pokok dan tiang elektrik tumbang di kawasan perumahan dan jalan raya.

“Cuaca masih hujan. Terdapat banyak Tiang elektrik tumbang di kawasan perumahan dan jalan raya.

“Pegawai Daerah mengarahkan agensi berkaitan bersesia sekiranya ada keperluan pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Dato Ahmad Said,” katanya di sini hari ini.

Katanya, Tenaga Nasional Berhad telah memutuskan bekalan elektrik di lokasi kejadian sementara waktu manakala APM dan Majlis Bandaraya Ipoh giat melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi bencana. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN