WASHINGTON – Presiden Donald Trump melancarkan pesawat rasmi Air Force One gantian yang dihadiahkan oleh Qatar dan menggelarnya sebagai ‘White House terbang’
“Ini dianggap sebagai pesawat paling mewah di dunia,” kata Trump ketika berucap di dalam hangar pesawat di Pangkalan Bersama Andrews semalam sambil memuji pemerintah Qatar kerana ‘sangat baik’ dengan memberikan hadiah itu.
Pesawat bernilai ratusan juta dolar daripada Qatar itu menimbulkan kebimbangan dari sudut etika, perlembagaan dan keselamatan.
Trump sebelum ini berkata, adalah ‘bodoh’ untuk menolak hadiah itu.
“Pesawat ini boleh terbang lebih jauh dan lebih laju daripada mana-mana Air Force One,” kata Trump.
Presiden Amerika Syarikat(AS) itu menumpukan perhatian kepada penggantian pesawat rasmi yang telah berkhidmat sejak tahun 1990-an sejak penggal pertamanya lagi.
Kelmarin White House mengucapkan selamat tinggal kepada salah satu daripada dua Boeing 747 yang diubah suai dan digunakan untuk mengangkut Presiden AS selama beberapa dekad. – AFP














