fbpx
Gambar hiasan.

100 bakal pesara ATM diserap sektor logistik, gaji RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Seramai 100 bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka diserap dalam sektor logistik menerusi program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang sedang diperkukuh.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, menerusi pengukuhan program itu, bakal pesara dijangka menerima tawaran gaji hingga RM5,000 sebulan.

“Kementerian Pengangkutan juga telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri mengenai pelaksanaan pengukuhan program TVET bakal pesara ATM.

“Ia yang mana sebanyak 100 orang individu akan diserap ke sektor logistik dengan gaji sehingga RM5,000. Jadi, ini antara yang sedang diusahakan,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Pada masa sama, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Jemaah Menteri turut meneliti hasil mesyuarat Majlis TVET yang dipengerusikan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Beberapa perkara telah dibangkitkan antaranya jumlah peserta bagi program-program TVET di seluruh negara telah meningkat 500 peratus berbanding sebelum ini. Ini satu pencapaian yang amat membanggakan.

“Manakala sambutan Hari TVET Negara bagi tahun 2026 juga akan diadakan pada 5 hingga 7 Jun tahun ini bertempat di Dataran Putrajaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI