fbpx
ATM berkongsi pautan yang boleh digunakan orang ramai untuk membuat sebarang aduan rasmi membabitkan warga ATM.

Tulis di Instagram, Facebook bukan saluran aduan – ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai diingatkan supaya tidak menjadikan media sosial seperti Facebook, Instagram dan platform lain sebagai saluran rasmi untuk membuat aduan berhubung sebarang isu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi ATM hari ini, pihak berkenaan memaklumkan masih ramai pengguna media sosial yang menandakan (tag) akaun ATM setiap kali timbul isu, dakwaan atau aduan, selain mengharapkan masalah tersebut dapat diselesaikan hanya melalui perkongsian di media sosial.

Menurut ATM, media sosial bukan medium yang sesuai untuk mengemukakan aduan rasmi kerana perkara yang dibangkitkan memerlukan siasatan serta tindakan melalui saluran yang betul.

“Ramai yang tag akaun ATM setiap kali ada isu, dakwaan atau aduan. Ada juga yang lebih selesa buat posting (hantaran) di media sosial dan mengharapkan masalah selesai sendiri.

“Jika anda mempunyai aduan, maklumat salah laku, pelanggaran disiplin atau apa-apa perkara yang memerlukan tindakan, gunakan saluran yang betul supaya ia boleh disiasat dan diambil tindakan,” katanya.

ATM menambah, aduan boleh dikemukakan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam ATM bagi membolehkan setiap laporan direkodkan, disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.

“Terus laporkan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam ATM pada pautan https://atm.spab.gov.my/eApps/system/index.do⁠

“Menulis di media sosial mungkin anda mendapat perhatian warga maya. Tetapi, mengemukakan aduan melalui saluran rasmi pula lebih berpeluang mendapat tindakan.

“Pilihan di tangan anda. Mahu sekadar viral atau mahu isu tersebut benar-benar disiasat?,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN