fbpx
Naimah ketika ditemui di pekarangan Rumah Mayat Hospital Setiu, hari ini.

2024 abang, sekarang giliran Aminuddin pula maut pulang beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Trauma dua tahun lalu belum sembuh sepenuhnya, tetapi Naimah Zakaria, 54, diuji dengan kehilangan seorang lagi anak akibat kemalangan jalan raya, hari ini.

Dia berkata, tragedi mengorbankan anak kelimanya, Muhammad Aminuddin Amran, 21, dan rakan sekerja, Mohamad Shakiran Saidi, 36, di Kilometer 70, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Kampung Buluh, di sini mengulangi insiden sama menimpa anak keduanya pada tahun 2024.

“Kebetulan arwah anak kedua saya juga maut dalam kemalangan sewaktu hampir dengan Hari Raya Aidilfitri.

“Barulah saya faham kata-kata Aminuddin yang mengulang ungkapan dia sama dengan arwah abang keduanya itu. Rupanya cara kematian mereka sama iaitu kemalangan jalan raya menjelang raya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Rumah Mayat Hospital Setiu, di sini malam ini.

Terdahulu Muhammad Aminuddin dan Mohamad Shakiran yang dalam perjalanan pulang beraya dari Kem Tebrau, Johor maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan pada pukul 12.05 tengah hari.

Naimah berkata, Muhammad Aminuddin yang merupakan anggota tentera juga pernah memberitahunya tidak membeli pakaian raya tahun ini sebaliknya hanya mahu memakai kurta putih pada pagi raya.

“Saya ikut tidak bersemangat untuk menyambut raya. Rupa-rupanya ia petanda saya akan hilang seorang lagi anak lelaki,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI