Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan didakwa cemburukan kejayaan Ranveer Singh selepas aktor itu meletup dengan filem Dhurandhar.
Perkara tersebut disedari peminat apabila Shah Rukh dikatakan tidak menunjukkan sebarang sokongan terhadap Dhurandhar yang hangat diperkatakan ramai.
Peliknya, dia dilihat sempat memberikan sokongan kepada Alia Bhatt yang bakal muncul dengan filem Alpha.
Hal tersebut membuatkan netizen mula berspekulasi tentang rasa cemburu Shah Rukh terhadap Ranveer.
Ranveer kini menjadi hero dengan filem yang meraih kutipan tertinggi di Bollywood menerusi filem Dhurandhar 1 dan 2.














