fbpx
KUBO

Piala Dunia 2026: Jepun turun tanpa khidmat tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NASHVILLE – Jepun berdepan tamparan apabila penggempur sensasi mereka, Takefusa Kubo mungkin terlepas perlawanan kedua Piala Dunia 2026 bertemu Tunisia esok apabila berdepan masalah kecederaan.

Kubo mengalami kecederaan lutut kiri ketika aksi menentang Belanda dan terpaksa dikeluarkan pada minit ke-75 sebelum dilihat menggunakan kerusi roda ketika meninggalkan stadium selain tidak menyertai sesi latihan pasukan keesokan harinya.

Persatuan Bola Sepak Jepun dalam satu kenyataan mendedahkan bahawa Kubo kekal berada di hotel untuk menjalani proses pemulihan, namun tidak memberikan tempoh masa untuk pemain itu kembali pulih serta butiran mengenai tahap kecederaan.

“Saya telah bercakap dengannya. Dia sudah menjalani pemeriksaan, dia tidak berlatih bersama pasukan, tetapi saya rasa dia sedang melakukan apa yang termampu sebagai persediaan menghadapi perlawanan menentang Tunisia,” kata kapten Jepun, Ko Itakura.

Sementara itu, pemain pertahanan Jepun, Takehiro Tomiyasu yang mempamerkan aksi cemerlang sebagai pemain gantian dalam perlawanan pertama sedar bahawa pasukan ‘Samurai Biru’ bakal menghadapi cabaran berbeza di Monterrey.

“Sebelum kejohanan bermula, kami sudah tahu bahawa kami perlu menyediakan pendekatan bergantung kepada lawan yang dihadapi.

Sebagai satu pasukan, kami tahu kami perlu mengubah beberapa perkara dalam perlawanan seterusnya berbanding perlawanan yang lalu.

“Terdapat beberapa aspek yang perlu kami fikirkan semula berdasarkan cara Tunisia bermain selepas pertukaran jurulatih mereka. Ada juga perkara yang hanya akan kami ketahui apabila perlawanan bermula dan perlu diselesaikan oleh para pemain di atas padang,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN