WEI CHONG (depan) dan Kai Wun akan mengalih perhatian ke arah kejohanan Terbuka Hong Kong minggu depan. - SHIDDIEQIIN ZON

Kumamoto Masters: Wei Chong-Kai Wun kempunan ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun terpaksa meninggalkan Kejohanan Badminton Kumamoto Masters lebih awal apabila tersingkir di pusingan kedua.

Pada perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Kumamoto, Jepun sebentar tadi, pasangan No.9 dunia itu tewas menerusi keputusan straight-set 15-21, 18-21 kepada Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dari Denmark.

Turun sebagai pilihan kelapan kejohanan, pasangan yang diberi julukan ManTee itu seolah-olah gagal untuk mempamerkan aksi sebenar apabila didominasi sepenuhnya pasangan Eropah berkenaan.

Lundgaard-Vestergaard beraksi garang sejak set pertama lagi apabila mendahului 12-4 sehingga meletakkan beregu negara dalam tekanan.

Wei Chong-Kai Wun cuba untuk mengejar dan merapatkan kedudukan, namun terpaksa akur apabila tewas 15-21 di set pertama.

Memasuki aksi set kedua, momentum beregu Denmark itu sukar untuk dihalang apabila sekali lagi mendahului dengan jurang mata cukup besar 10-3.

Walaupun berjaya memperkemaskan permainan dan bangkit mengejar, namun ia belum cukup buat Wei Chong-Kai Wun apabila mereka tewas 18-21. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN